Saturday, April 16, 2011

Pekeliling Bulan April 2011

TAM /pekeliling:04-11
16hb. 04.2011

الْسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ibu bapa atau Penjaga
Kepada Anak-Anak Tahfiz Al-Muqarrabin.

Tuan:
Pekeliling April 2011

1 . Makluman Cuti Sekolah : Untuk makluman ibu/bapa atau penjaga, cuti bulanan bagi Tahfiz Al-Muqarrabin akan bermula pada 16/04/2011 (selepas Majlis Syahadah) hingga 19/04/2011. Perhatian! kepada pelajar asrama dikehendaki berada di asrama selewat-lewatnya sebelum jam 10.00 malam Selasa 19/04/2011, bagi pelajar luar akan memulakan persekolahan seperti biasa pada Rabu 20/04/2011 jam 6.45 pagi. Cuti ini sepatutnya dimulakan pada hari Rabu (6/4/2011) lepas, akan tetapi disebabkan pemberian laluan untuk Majlis Penganugerahan Syahadah maka cuti ini ditundakan pada tarikh yang disebut diatas, ribuan kemaafan daripada pihak Tahfiz atas kesulitan tersebut.

2.  Tatacara Pemakaian Ketika Solat: Untuk pengetahuan ibu/bapa atau penjaga, pihak Tahfiz telah lama menetapkan tatacara pemakaian ketika solat (khas bagi banin) iaitu :
  •          Baju Melayu bersama kain pelikat (digalakkan)
  •          Baju Melayu sepasang
  •          Baju Melayu bersama seluar track (tidak digalakkan)
Maka diharapkan ibu/bapa atau penjaga dapat menyediakan keperluan pemakaian tersebut

3.  Penggunaan Kad Keluar Masuk: Diharapkan ibu/bapa atau penjaga pelajar asrama dapat mengemukakan Kad Keluar Masuk Pelajar Asrama semasa mengambil dan menghantar anak kepada warden yang bertugas . Bagi mana-mana ibu/bapa atau penjaga yang tidak dapat berbuat demikian maka pihak pengurusan asrama tidak dapat membenarkan anak jagaan tuan keluar dari kawasan asrama. Harap maklum.

4.  Kemasukan Makanan Luar Ke Dalam Asrama : Untuk makluman pihak ibu/bapa atau penjaga asrama, pihak asrama telah menguatkuasakan peraturan kemasukan makanan luar ke dalam asrama. Peraturan ini melarang sama sekali mana-mana ibu bapa membawa bekalan/makanan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana berlakunya beberapa kes seperti kes kecuriaan dan lain-lain lagi. Diharapkan ibu/bapa atau penjaga dapat memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan asrama bagi membentuk keperibadian anak-anak asrama.

5. Perpindahan Asrama Banat : Bagi makluman ibu/bapa atau penjaga pelajar banat, bangunan asrama banat akan dipindahkan ke bangunan berhadapan pejabat sekolah beralamat 450, Lorong Sepakat 8, Taman Panalex.

BERILMU BERAMAL MENURUT AL-QURAN
SEKIAN





--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Pekeliling Bulan April 2011
Saiz Dokument :728.49 kb
Type : Pdf