Wednesday, March 9, 2011

Pekeliling Bulan Mac 2011



 TAM /pekeliling:03-11
10hb. 03.2011

الْسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ibu bapa atau Penjaga
Kepada Anak-Anak Tahfiz Al-Muqarrabin.

Tuan:
Pekeliling Mac  2011

1 . Makluman Cuti Sekolah : Untuk makluman ibu bapa atau penjaga, cuti pertengahan penggal pertama bagi Tahfiz Al-Muqarrabin akan bermula pada 11/03/2011 hingga 19/03/2011. Perhatian! Kepada pelajar asrama dikehendaki berada di asrama selewat-lewatnya sebelum jam 10.00 malam (Sabtu 19/03/2011). Mana-mana ibu bapa atau penjaga yang tidak dapat berbuat sedemikian maka tindakan surat amaran akan dikenakan. Bagi pelajar luar pula akan memulakan persekolahan seperti biasa pada Ahad 20/03/2011 jam 6.45 pagi.  

2 . Perubahan Tarikh Majlis Syahadah : Untuk perhatian ibu bapa atau penjaga, jutaan kemaafan juga dipohon kerana sekali  lagi kerana pihak tahfiz terpaksa menundakan tarikh Majlis Syahadah dari 09/04/2011 (Selasa) kepada 14/04/2011 ( Khamis ) tetapi masih di tempat yang sama. Perubahan ini adalah disebabkan oleh pihak pengurusan RO Petronas Pantai Timur yang membenarkan penggunaan dewan terhad pada hari persekolahan sahaja. HARAP MAKLUM.

3.  Pemakaian Seragam Asrama : Untuk pengetahuan ibu bapa atau penjaga pelajar asrama, pihak Asrama Tahfiz telah lama menetapkan pemakaian seragam tahfiz semasa keluar dan masuk ke Asrama Tahfiz sama ada sewaktu balik minggu ke 4 ataupun cuti umum malahan pada hari Sabtu (hari outing). Pemakaian seragam tersebut adalah sepertimana berikut:

  • Memakai baju raihan berwarna biru iaitu baju akademik
  • Memakai seluar slack hitam
  • Memakai kasut berserta stoking
  • Kupiah putih
  • Memakai jubah akademik bagi pelajar banat

4.  Jadual dan Tugasan Masa Cuti: Pada setiap kali cuti, pihak Tahfiz akan melampirkan jadual dan tugasan tetap Tahfiz untuk pengisian anak-anak semasa cuti. Keikhlasan dan cakna ibu bapa atau penjaga akan anak-anak amat diperlukan bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

5.  Borang Maklumat Peribadi: Bersama ini juga dilampirkan Borang Maklumat Peribadi pelajar bagi tujuan pengemaskinian data pelajar. Borang ini juga perlu diserahkan kepada cikgu Zainudin pada 20/03/2011. Mana-mana ibu bapa/penjaga yang kehilangan borang tersebut bolehlah memuatturun borang tersebut di laman web rasmi tahfiz

6. PMR & SPM : Untuk makluman ibu bapa/penjaga pelajar PMR & SPM, yuran kelas tambahan PMR & SPM akan dipotong melalui yuran bulanan tahfiz bermula bulan Mac 2011.

7. Kokorikulum (Taekwando) : Kepada ibu bapa/penjaga yang masih belum menjelaskan yuran pendaftaran Taekwando 2011 sebanyak RM 20, diharapkan dapat menjelaskan yuran tersebut selewat-lewatnya 21 Mac 2011. Selain itu, terdapat juga sesetengah ibu bapa/penjaga yang hanya mengisi borang tetapi tidak menyertakan bayaran. Oleh itu, diharapkan ibu bapa/penjaga dapat menjelaskan bayaran tersebut bagi mengelakkan kelewatan pendaftaran pelajar.



--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Pekeliling Bulan Mac 2011
Saiz Dokument :106.51 kb
Type : Pdf

Tuesday, March 8, 2011

Pengumuman


Ibu bapa / penjaga diminta melengkapkan borang peribadi pelajar yang diberikan kepada pelajar sewaktu pulang ke rumah pada khamis ini atau ibu bapa / penjaga boleh juga  muatrutun borang tersebut dilaman web ini

borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah selepas cuti ini berserta 
  1. salinan kad pengenalan/surat beranak pelajar
  2. salinan kad pengenalan ibu
  3. saalinan kad pengenalan bapa/penjaga

Diharapkan ibu bapa / penjaga dapat memberikan kerjasama

Wednesday, February 23, 2011

Suasana Tahfiz Al-Muqarrabin

Kategori Bangunan

Bahagian Hadapan Bangunan Pejabat Tahfiz


Bahagian Hadapan Bangunan Musolla Tahfiz

Bahagian Hadapan Bangunan Asrama Banat

Kemudahan 
 
Pusat Sumber Sekolah (PSS)
 
Rak Buku
Koleksi Majalah Terkini
 Pelajar Menggunakan Kemudahan PSS


Tuesday, February 8, 2011

Kursus Pedagogi kali Ke II

Bertarikh 4 dan 5 hb Feb 2011 selama 2 hari, guru-guru Tahfiz Al-Muqarrabin telah menghadiri kursus bagi memantapkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran (PNP). Kursus ini kesinambungan daripada Kursus Pedagogi Kali I di Agro Resort yang lepas. Kursus ini di kendalikan oleh 3 orang pensyarah dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit iaituTuan Haji Mansor, En. Khalid dan Puan Rozaini. Pihak tahfiz amat berterima kasih kepada mereka atas kesudiannya mengendalikan kursus ini.

guru-guru sedang mendengar ceramah pertama dari Tn. Hj Mansor


Pemberian cenderamata kepada Tn Hj Mansor

Thursday, February 3, 2011

Pekeliling Bulan Febuari 2011


TAM /pekeliling:02-11
03hb. 02.2011

الْسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ibu bapa atau Penjaga
Kepada Anak-Anak Tahfiz Al-Muqarrabin.

Tuan:
Pekeliling Febuari 2011

1 . Perubahan Cuti : Jutaan kemaafan dipohon atas perubahan cuti minggu keempat kali ini. Memandangkan Jadual kursus guru yang agak padat pada hari Jumaat dan Sabtu (4&5hb. 02 2011) pihak tahfiz telah mengambil keputusan untuk memberikan rehat yang secukupnya kepada guru-guru bermula Ahad hingga Selasa. Oleh hal yang demikian, pelajar dibenarkan bercuti dari Khamis (petang) hingga Selasa (3-8 hb. 02 2011 ). Bagi pelajar asrama dikehendaki berada di asrama sebelum jam 10 malam pada hari Selasa 8hb 02 2011 manakala pelajar luar akan memulakan kelas seperti biasa pada hari Rabu jam 6.45 pagi. HARAP MAKLUM.
2 . Perubahan tarikh majlis syahadah : Untuk perhatian ibu bapa, jutaan kemaafan juga dipohon kerana pihak tahfiz terpaksa menundakan tarikh majlis syahadah dari 15hb 02 2011 (hari Selasa) ke 9hb 04 2011 ( hari Sabtu ) di tempat yang sama. Perubahan ini adalah disebabkan kesihatan pengerusi dan juga pihak pengurusan yayasan Tahfiz Al-Muqarrabin yang akan bersama pada majjlis tersebut. HARAP MAKLUM

BERILMU BERAMAL MENURUT AL-QURAN



--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Pekeliling Bulan Febuari 2011
Saiz Dokument :164.81 kb
Type : Pdf

Borang Aktiviti Semasa Cuti (Febuari)


<<KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR>>




--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Borang Aktiviti Semasa Cuti (Febuari) 2011
Saiz Dokument :542.38 kb
Type : Pdf