Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN TAHFIZ AL-MUQARRABIN

T  ahfiz Al-Muqarrabin mula beroperasi pada 4 Disember 2005. Pada awalnya Tahfiz Al-Muqarrabin mempunyai pelajar seramai 20 orang dan tenaga pengajar seramai 8 orang. Selain itu tahfiz turut dibantu oleh 3 orang pembantu dan diketuai oleh Puan Hajjah Dahiah Binti Haji Daud sebagai mudirah.

Tahfiz menjalankan sesi pembelajaran di sebuah rumah banglo yang berfungsi sebagai sekolah dan sebuah rumah kampung sebagai asrama penginapan  pelajar.


        A lhamdulillah, selepas setahun tahfiz masih lagi dapat beroperasi dengan baik dan terus berkembang. Dengan izin Allah  pada Julai 2008 tahfiz telah berpindah ke kawasan perumahan Panalex, teres dua tingkat. Di situ pihak tahfiz telah menyewa sebanyak enam buah rumah yang mana terdiri daripada sebuah musolla berfungsi sebagai tempat pengajian tahfiz, sebuah pejabat, sebuah asrama banin, sebuah asrama banat, sebuah makmal dan kelas yang digunakan pelajar untuk pengajian akademik, serta sebuah pejabat untuk urusan yayasan tahfiz.


          I nsyaAllah jika tiada apa-apa halangan mendatang, Tahfiz Al-Muqarrabin akan beroperasi di bangunannya sendiri pada bulan Ogos 2011.

A ktiviti riadah kebiasaannya akan diadakan di pantai, futsal. Bagi aktiviti renang  pelajar tahfiz akan dibawa ke kolam renang KDRP. Selain itu pihak tahfiz turut mengadakan satu aktiviti seni mempertahankan diri seperti Taekwando yang mana latihannya akan diadakan pada setiap Jumaat petang bertempat di padang Perumahan Panalex.

OBJEKTIF
 
·         Mendidik jiwa anak-anak agar mencintai Al-Quran di peringkat awal.
·         Membentuk sahsiah diri yang unggul berpaksikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
·         Menjadikan amalan zikir sebagai santapan rohani yang berkesan dan berterusan.
·        Melahirkan golongan profesional yang berilmu, beramal dan bertakwa menurut Al-Quran.

VISI


M enjadi salah satu pusat pendidikan akademik-tahfiz yang cemerlang di Malaysia.

MISI

Melahirkan pelajar muslim dan muslimah yang berakhlak Al-Quran dalam bidang akademik dan tahfiz.