Saturday, April 16, 2011

Pekeliling Bulan April 2011

TAM /pekeliling:04-11
16hb. 04.2011

الْسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ibu bapa atau Penjaga
Kepada Anak-Anak Tahfiz Al-Muqarrabin.

Tuan:
Pekeliling April 2011

1 . Makluman Cuti Sekolah : Untuk makluman ibu/bapa atau penjaga, cuti bulanan bagi Tahfiz Al-Muqarrabin akan bermula pada 16/04/2011 (selepas Majlis Syahadah) hingga 19/04/2011. Perhatian! kepada pelajar asrama dikehendaki berada di asrama selewat-lewatnya sebelum jam 10.00 malam Selasa 19/04/2011, bagi pelajar luar akan memulakan persekolahan seperti biasa pada Rabu 20/04/2011 jam 6.45 pagi. Cuti ini sepatutnya dimulakan pada hari Rabu (6/4/2011) lepas, akan tetapi disebabkan pemberian laluan untuk Majlis Penganugerahan Syahadah maka cuti ini ditundakan pada tarikh yang disebut diatas, ribuan kemaafan daripada pihak Tahfiz atas kesulitan tersebut.

2.  Tatacara Pemakaian Ketika Solat: Untuk pengetahuan ibu/bapa atau penjaga, pihak Tahfiz telah lama menetapkan tatacara pemakaian ketika solat (khas bagi banin) iaitu :
  •          Baju Melayu bersama kain pelikat (digalakkan)
  •          Baju Melayu sepasang
  •          Baju Melayu bersama seluar track (tidak digalakkan)
Maka diharapkan ibu/bapa atau penjaga dapat menyediakan keperluan pemakaian tersebut

3.  Penggunaan Kad Keluar Masuk: Diharapkan ibu/bapa atau penjaga pelajar asrama dapat mengemukakan Kad Keluar Masuk Pelajar Asrama semasa mengambil dan menghantar anak kepada warden yang bertugas . Bagi mana-mana ibu/bapa atau penjaga yang tidak dapat berbuat demikian maka pihak pengurusan asrama tidak dapat membenarkan anak jagaan tuan keluar dari kawasan asrama. Harap maklum.

4.  Kemasukan Makanan Luar Ke Dalam Asrama : Untuk makluman pihak ibu/bapa atau penjaga asrama, pihak asrama telah menguatkuasakan peraturan kemasukan makanan luar ke dalam asrama. Peraturan ini melarang sama sekali mana-mana ibu bapa membawa bekalan/makanan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana berlakunya beberapa kes seperti kes kecuriaan dan lain-lain lagi. Diharapkan ibu/bapa atau penjaga dapat memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan asrama bagi membentuk keperibadian anak-anak asrama.

5. Perpindahan Asrama Banat : Bagi makluman ibu/bapa atau penjaga pelajar banat, bangunan asrama banat akan dipindahkan ke bangunan berhadapan pejabat sekolah beralamat 450, Lorong Sepakat 8, Taman Panalex.

BERILMU BERAMAL MENURUT AL-QURAN
SEKIAN





--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Pekeliling Bulan April 2011
Saiz Dokument :728.49 kb
Type : Pdf

Wednesday, March 9, 2011

Borang Aktiviti Bulan Mac 2011



--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument :Borang Aktiviti Bulan Mac 2011
Saiz Dokument :544.6 kb
Type : Pdf

Pekeliling Bulan Mac 2011



 TAM /pekeliling:03-11
10hb. 03.2011

الْسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ibu bapa atau Penjaga
Kepada Anak-Anak Tahfiz Al-Muqarrabin.

Tuan:
Pekeliling Mac  2011

1 . Makluman Cuti Sekolah : Untuk makluman ibu bapa atau penjaga, cuti pertengahan penggal pertama bagi Tahfiz Al-Muqarrabin akan bermula pada 11/03/2011 hingga 19/03/2011. Perhatian! Kepada pelajar asrama dikehendaki berada di asrama selewat-lewatnya sebelum jam 10.00 malam (Sabtu 19/03/2011). Mana-mana ibu bapa atau penjaga yang tidak dapat berbuat sedemikian maka tindakan surat amaran akan dikenakan. Bagi pelajar luar pula akan memulakan persekolahan seperti biasa pada Ahad 20/03/2011 jam 6.45 pagi.  

2 . Perubahan Tarikh Majlis Syahadah : Untuk perhatian ibu bapa atau penjaga, jutaan kemaafan juga dipohon kerana sekali  lagi kerana pihak tahfiz terpaksa menundakan tarikh Majlis Syahadah dari 09/04/2011 (Selasa) kepada 14/04/2011 ( Khamis ) tetapi masih di tempat yang sama. Perubahan ini adalah disebabkan oleh pihak pengurusan RO Petronas Pantai Timur yang membenarkan penggunaan dewan terhad pada hari persekolahan sahaja. HARAP MAKLUM.

3.  Pemakaian Seragam Asrama : Untuk pengetahuan ibu bapa atau penjaga pelajar asrama, pihak Asrama Tahfiz telah lama menetapkan pemakaian seragam tahfiz semasa keluar dan masuk ke Asrama Tahfiz sama ada sewaktu balik minggu ke 4 ataupun cuti umum malahan pada hari Sabtu (hari outing). Pemakaian seragam tersebut adalah sepertimana berikut:

  • Memakai baju raihan berwarna biru iaitu baju akademik
  • Memakai seluar slack hitam
  • Memakai kasut berserta stoking
  • Kupiah putih
  • Memakai jubah akademik bagi pelajar banat

4.  Jadual dan Tugasan Masa Cuti: Pada setiap kali cuti, pihak Tahfiz akan melampirkan jadual dan tugasan tetap Tahfiz untuk pengisian anak-anak semasa cuti. Keikhlasan dan cakna ibu bapa atau penjaga akan anak-anak amat diperlukan bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

5.  Borang Maklumat Peribadi: Bersama ini juga dilampirkan Borang Maklumat Peribadi pelajar bagi tujuan pengemaskinian data pelajar. Borang ini juga perlu diserahkan kepada cikgu Zainudin pada 20/03/2011. Mana-mana ibu bapa/penjaga yang kehilangan borang tersebut bolehlah memuatturun borang tersebut di laman web rasmi tahfiz

6. PMR & SPM : Untuk makluman ibu bapa/penjaga pelajar PMR & SPM, yuran kelas tambahan PMR & SPM akan dipotong melalui yuran bulanan tahfiz bermula bulan Mac 2011.

7. Kokorikulum (Taekwando) : Kepada ibu bapa/penjaga yang masih belum menjelaskan yuran pendaftaran Taekwando 2011 sebanyak RM 20, diharapkan dapat menjelaskan yuran tersebut selewat-lewatnya 21 Mac 2011. Selain itu, terdapat juga sesetengah ibu bapa/penjaga yang hanya mengisi borang tetapi tidak menyertakan bayaran. Oleh itu, diharapkan ibu bapa/penjaga dapat menjelaskan bayaran tersebut bagi mengelakkan kelewatan pendaftaran pelajar.



--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Pekeliling Bulan Mac 2011
Saiz Dokument :106.51 kb
Type : Pdf

Tuesday, March 8, 2011

Pengumuman


Ibu bapa / penjaga diminta melengkapkan borang peribadi pelajar yang diberikan kepada pelajar sewaktu pulang ke rumah pada khamis ini atau ibu bapa / penjaga boleh juga  muatrutun borang tersebut dilaman web ini

borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah selepas cuti ini berserta 
  1. salinan kad pengenalan/surat beranak pelajar
  2. salinan kad pengenalan ibu
  3. saalinan kad pengenalan bapa/penjaga

Diharapkan ibu bapa / penjaga dapat memberikan kerjasama

Wednesday, February 23, 2011

Suasana Tahfiz Al-Muqarrabin

Kategori Bangunan

Bahagian Hadapan Bangunan Pejabat Tahfiz


Bahagian Hadapan Bangunan Musolla Tahfiz

Bahagian Hadapan Bangunan Asrama Banat

Kemudahan 
 
Pusat Sumber Sekolah (PSS)
 
Rak Buku
Koleksi Majalah Terkini
 Pelajar Menggunakan Kemudahan PSS


Tuesday, February 8, 2011

Kursus Pedagogi kali Ke II

Bertarikh 4 dan 5 hb Feb 2011 selama 2 hari, guru-guru Tahfiz Al-Muqarrabin telah menghadiri kursus bagi memantapkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran (PNP). Kursus ini kesinambungan daripada Kursus Pedagogi Kali I di Agro Resort yang lepas. Kursus ini di kendalikan oleh 3 orang pensyarah dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit iaituTuan Haji Mansor, En. Khalid dan Puan Rozaini. Pihak tahfiz amat berterima kasih kepada mereka atas kesudiannya mengendalikan kursus ini.

guru-guru sedang mendengar ceramah pertama dari Tn. Hj Mansor


Pemberian cenderamata kepada Tn Hj Mansor

Thursday, February 3, 2011

Pekeliling Bulan Febuari 2011


TAM /pekeliling:02-11
03hb. 02.2011

الْسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ibu bapa atau Penjaga
Kepada Anak-Anak Tahfiz Al-Muqarrabin.

Tuan:
Pekeliling Febuari 2011

1 . Perubahan Cuti : Jutaan kemaafan dipohon atas perubahan cuti minggu keempat kali ini. Memandangkan Jadual kursus guru yang agak padat pada hari Jumaat dan Sabtu (4&5hb. 02 2011) pihak tahfiz telah mengambil keputusan untuk memberikan rehat yang secukupnya kepada guru-guru bermula Ahad hingga Selasa. Oleh hal yang demikian, pelajar dibenarkan bercuti dari Khamis (petang) hingga Selasa (3-8 hb. 02 2011 ). Bagi pelajar asrama dikehendaki berada di asrama sebelum jam 10 malam pada hari Selasa 8hb 02 2011 manakala pelajar luar akan memulakan kelas seperti biasa pada hari Rabu jam 6.45 pagi. HARAP MAKLUM.
2 . Perubahan tarikh majlis syahadah : Untuk perhatian ibu bapa, jutaan kemaafan juga dipohon kerana pihak tahfiz terpaksa menundakan tarikh majlis syahadah dari 15hb 02 2011 (hari Selasa) ke 9hb 04 2011 ( hari Sabtu ) di tempat yang sama. Perubahan ini adalah disebabkan kesihatan pengerusi dan juga pihak pengurusan yayasan Tahfiz Al-Muqarrabin yang akan bersama pada majjlis tersebut. HARAP MAKLUM

BERILMU BERAMAL MENURUT AL-QURAN



--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Pekeliling Bulan Febuari 2011
Saiz Dokument :164.81 kb
Type : Pdf

Borang Aktiviti Semasa Cuti (Febuari)


<<KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR>>




--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Borang Aktiviti Semasa Cuti (Febuari) 2011
Saiz Dokument :542.38 kb
Type : Pdf

Saturday, January 22, 2011

Program Score A Bermula

Untuk pengetahuan umum, alhamdulillah pada tahun ini, program score A dapat dijalankan khas untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar iaitu PMR dan SPM. Program ini amatlah bagus kerana mempunyai pembelajaran secara interaktif. Selain itu, ibu bapa atau penjaga kepada pelajar peperiksaan (PMR & SPM) bolehlah memohon keputusan atau result program score A yang telah dilakukan oleh pelajar. Result ini hendaklah dipohon melalui email ke tahfizalmuqarrabin@yahoo.com (bagi penjaga PMR & SPM sahaja)

Sila sertakan nama pelajar, no kad pengenalan


"KLIK LOGO UNTUK LIHAT" 
tekan skip ad untuk ke laman webnya








Wednesday, January 12, 2011

Pelan Bangunan Fasa 1

Gambar Keseluruhan Bangunan Fasa 1

<<
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS>>

Alhamdulillah....berkat doa Ibubapa,penjaga,pelajar serta usaha yang begitu gigih oleh Pengerusi Tahfiz merealisasikan pembangunan untuk semua warga nampaknya membuahkan hasil...InsyaAllah jangkaan tarikh siap pada bulan Ogos tahun ini memberikan keselesaan kepada warga tahfiz khususnya para pelajar.

Monday, January 10, 2011

Borang Kebenaran Cuti Kakitangan TAM




--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Borang Kebenaran Cuti Kakitangan TAM
Saiz Dokument :566.98kb
Type : Pdf

Borang Kebenaran Cuti Pelajar




--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Borang Kebenaran Cuti Pelajar
Saiz Dokument :565.19kb
Type : Pdf

Saturday, January 8, 2011

Borang Aktiviti Semasa Cuti (Disember 2010)


<<KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR>>




--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Borang Aktiviti Semasa Cuti (Disember) 2010
Saiz Dokument :77.71kb
Type : Pdf

Pekeliling Akhir Tahun 2010 (Disember)


TAM /pekeliling:12-10
28hb. 12.2010

الْسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ibu bapa atau Penjaga
Kepada Anak-Anak Tahfiz Al-Muqarrabin.

Tuan:
Pekeliling Akhir Tahun 2010 (Disember)
1 . Makluman  Cuti : Untuk makluman ibu bapa atau penjaga, cuti akhir tahun tahfiz bermula pada 28hb.12.2010( Selasa ) jam 2.00 ptg sehingga 08hb. Jan 2011( Sabtu ). Bagi anak-anak asrama dikehendaki ke asrama sebelum jam 10 mlm hari tersebut dan bagi pelajar luar akan bersekolah seperti biasa pada hari Ahad 09hb. Jan 2011. Pihak tahfiz mengharapkan ibu bapa atau penjaga dapat merancang cuti anak-anak dengan sebaik mungkin serta dapat menghantar anak kembali ke tahfiz pada waktu yang telah ditetapkan.
2 . Program Syahadah & Ulangtahun ke 5 TAM : Untuk perhatian ibu bapa atau penjaga, tahfiz telah merancang untuk mengadakan Program Penganugerahan Syahadah kepada pelajar tahfiz sama ada dalam bidang tahfiz mahupun akademik, majlis syahadah kali ini diadakan serentak dengan sambutan ulang tahun ke 5 TAM. Pihak tahfiz mengharapkan ibu bapa dapat meluangkan masa untuk bersama-sama pihak tahfiz pada program tersebut. Bersama ini disertakan surat jemputan program tersebut untuk perhatian dan tindakan ibu bapa penjaga.
3 . Taqwim Tahfiz : Bersama ini juga dilampirkan taqwim tahunan tahfiz untuk tindakan dan perhatian ibu bapa atau penjaga.Pihak tahfiz amat berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat merancang program seperti cuti dan sebagainya dengan tidak menganggu proses pengajian anak-anak di tahfiz. Segala cuti dan kesulitan yang membabitkan masa persekolahan anak-anak di tahfiz memerlukan keizinan dan kebenaran dari pihak tahfiz terlebih dahulu. Jika anak-anak tahfiz gagal untuk mematuhi peraturan dan adab-adab tahfiz tindakan disiplin berdasarkan undang-undang tahfiz akan dikenakan. Anak-anak juga diwajibkan mengikuti segala program anjuran pihak Tahfiz.  HARAP MAKLUM.
4 . Sasaran Pembelajaran: Pihak tahfiz telah menguatkuasakan sasaran pembelajaran untuk anak-anak tahfiz terutramanya dalam bidang tahfiz sama ada hafazan, bacaan dan qiraati. Hal ini adalah bertujuan meningkatkan motivasi dan kesunguhan anak-anak dalam belajar disamping selaras dengan peraturan tahfiz. Oleh yang demikian, ada anak-anak yang takut dan bimbang akan sasaran ini. Kerjasama ibu bapa dan penjaga amatlah diperlukan dalam menjayakan sasaran tersebut, terutamanya semasa cuti persekolahan.

5 . Kesihatan Pengerusi : Untuk makluman ibu bapa atau penjaga pengerusi tahfiz, Pn. Hjh. Dahiah bt. Daud akan bercuti sehingga ke satu tarikh yang sepatutnya. Hal ini disebabkan nasihat doktor berkaitan pembedahan di bahagian kepalanya pada 20hb. 12 2010 lalu. Meskipun begitu, kesihatan beliau agak stabil dan semakin pulih. Sama-sama kita doakan semoga  Allah sembuhkan beliau.
6.  PMR& SPM : Pihak Tahfiz Al-Muqarrabin telah merancang satu taqwim khusus untuk anak-anak yang akan menduduki Peperiksaan Menengah rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Taqwim tersebut akan di keluarkan pada awal sesi persekolahan nanti pada 09hb. Jan 2011.Untuk tindakan  ibu bapa kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2011 mestilah menyediakan kelengkapan pendaftaran peperiksaan seperti berikut: 1 salinan I/C, 1 salinan sijil kelahiran dan bayaran pendaftaran sebanyak RM 80.00 ringgit. Untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM akan diberitahu kemudian.
7.  Laman Web Tahfiz : Untuk pengetahuan ibu bapa atau penjaga, pihak Tahfiz Al-Muqarrabin telah membina satu laman web rasmi bagi memaklumkan perkembangan terkini tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh tahfiz setiap masa dan memberikan satu ruang baru bagi ibu bapa atau penjaga mengajukan soalan untuk permasalahan yang memerlukan kepastian. Selain itu juga, bermula tahun 2011 segala perkara berkaitan penyuratan dan borang seperti borang cuti, pekeliling, borang kemasukan pelajar dan takwim boleh dimuat turun, dicetak, dilengkapkan kemudian dihantarkan ke pejabat tahfiz untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga tidak perlu lagi bersusah-payah mendapatkan borang tersebut di pejabat. Ibu bapa atau penjaga boleh melayari laman web rasmi tersebut di alamat ini :http://tahfizal-muqarrabin.blogspot.com
8. Asrama Tahfiz : Peraturan keluar masuk pelajar asrama iaitu penggunaan kad keluar masuk. Peraturan ini menghendaki ibu bapa menyerahkan kad kepada warden atau guru bertugas sebelum mengambil anak dan mengambil semula kad selepas menghantar anak. Mana-mana ibu bapa yang tidak membawa kad tersebut semasa mengambil anak, tidak akan dibenarkan membawa keluar anak.
9. Pekeliling : Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil cakna  akan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak tahfiz. Hal ini kerana, setiap perkara yang berlaku dalam tahfiz akan diberitahu melalui pekeliling yang dikeluarkan. Jesteru, besar harapan tahfiz jika pihak ibu bapa atau penjaga dapat membaca setiap pekeliling yang tahfiz keluarkan bagi mengelakkan ketidaksampaian maklumat.

BERILMU BERAMAL MENURUT AL-QURAN



--- Tekan icon untuk download ----
Nama Dokument : Pekeliling Akhir Tahun 2010 (Disember)
Saiz Dokument :43 kb
Type : Word